Thursday, May 11, 2023

BEHIND THE LOVE STORY (BAB 1)

PROLOG


GELAP. Suasana disekeliling aku sangatlah gelap sekarang ini. Padahal langit masih lagi dibawah matahari. Salah aku juga sebab aku membiarkan perasaan ingin tahu aku menguasai. Sekarang ini tengoklah. Aku tersesat ketika sedang mendaki Gunung Kinabalu. Sigh.

Kawan-kawan aku yang lain tidak tahu dimana sudah. Pasti mereka sedang mengikut jejak langkah malin gunung ini. Sedangkan aku kehilangan arah saat aku mengagumi ciptaan Allah ketika aku melihat flora yang berada di hutan ini. Bagus sangatlah itu!

"Aku kat mana ni?" soal aku sendirian.

Telefon di poket aku ambil. Mahu menghubungi kawan-kawan aku. Paling tidak pun aku ingin melihat di bahagian Google Map. Mahu lihat bagaimana aku boleh selamatkan diri sendiri.

Bagus sangatlah tu!

Bateri telefon pula tidak memberi kerjasama. Baru saja aku ingin membuka aplikasi Google Map, terus saja ia mengucapkan selamat tinggal kepada aku. Sudahlah sekarang ini hanya aku seorang saja di hutan yang sepi ini. Pelancong-pelancong semua termasuk kawan-kawan aku sudah pergi mengikuti malin gunung. Mungkin mereka sekarang berada di kaki gunung. Sedangkan aku mungkin masih lagi berada di tengah gunung yang sejuk ini. Tersesat ketika mahu menuruni gunung.

Inilah nasib aku. Cepat terlekah dengan sesuatu perkara. Sekarang ini aku yang terpaksa menanggung risiko. Sudahlah aku ini tidak tahu apa-apa berkaitan dengan hutan mahupun gunung. Lepas ini, aku ingatkan diri aku supaya tidak terlekah dan selalu membawa walkee talkee. Supaya senang aku mahu menghubungi kawan-kawan aku.

Sudahlah powerbank pun aku tidak bawa. Bila kawan aku tanya adakah aku sudah membawa kesemua keperluan, aku dengan yakinnya cakap yang semua beres. Teruja punya pasal sampai aku tidak melakukan double check

Memang sah kau ini mahu menempah maut, NurSafa Malaiqa!

Aku meneruskan saja perjalanan walaupun aku sendiri tidak tahu aku perlu ke mana. Lantaklah. Asalkan tidak di tempat yang gelap ini. Sudahlah aku sudah cukup takut dengan kegelapan. Elok sangatlah sebab aku sendiri tidak membawa lampu suluh.

Keperluan yang lengkap sangatlah, kan? Aku menyindir diri sendiri.

Lenguh. Aku sudah tidak tahu sudah berapa lama aku berjalan. Tapi aku rasa yang aku masih berada di tempat yang sama. Biasanya aku melihat situasi ini di dalam drama ataupun movie. Tidak aku sangka yang aku akan mengalami benda ini sendiri. Sekarang baru aku faham perasaan pelakon-pelakon itu.

Pada satu hujung sebatang pokok itu aku pergi. Aku terduduk sambil memeluk lutut. Penat yang amat. Tapi aku masih tidak dapat selamatkan diri sendiri. Macam mahu saja aku menangis disini.

"Mama, kakak takut. Kakak nak balik...," rintih aku sambil aku menundukkan kepala aku di lututku. Sedih. Biarlah. Bukan ada orang yang dengar aku.

Masa sekarang inilah aku terfikir tentang mama yang berada di rumah. Perasaan takut aku bersendirian. Sudahlah perut aku sekarang ini sangat lapar.

"Ya Allah. Kenapa Engkau menguji hambaMu ini? Sesungguhnya, hambaMu ini sangat lemah. Ya Allah, tolong selamatkan aku dari segala bahaya ini, Ya Allah...," doa aku sambil menangis.

Mengharapkan satu keajaiban berlaku. Aku terus menunggu. Tapi aku tahu. Aku pasti yang bantuan tidak akan tiba. Aku marah pada diri aku sendiri. Sekarang ini aku rasa macam...

"Cik?"

Adui. Kacau daun betullah suara ni. Bagilah aku nak habiskan ayat yang aku cipta dulu. Bukan senang aku mahu membuat drama air mata di tengah-tengah hutan ini. Chill la dulu!

Okey. Kita sambung balik. Sekarang ini aku rasa macam...

"Cik? Cik okey tak?" soal suara itu lagi bersama dengan satu sentuhan lembut pada lengan aku yang sedang memeluk lutut aku itu.

Aku tersedar sesuatu. Suara yang menegur aku?

Aku mendongakkan kepala aku. 

Oleh kerana air mata menguasai, mata aku kabur. Aku tidak berapa nampak sangat wajah yang menegur aku itu. Tapi yang aku pasti, dia adalah lelaki.

"Kenapa cik duduk kat sini sendiri? Cik okey ke?" soal lelaki itu sekali lagi.

Aku bagaikan mahu saja menangis apabila ditanya sebegitu. Aku tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba hari ini aku banyak menangis. Padahal sejak dari pagi tadi ceria saja aku. Mungkin oleh kerana kejadian yang menimpah aku hari ini. Aku sesat dan lapar.

"Saya sesat. Saya tak tau saya kat mana," jawab aku dengan serentak terus saja aku menangis.

Haihlah. Aku pun tidak tahu kenapa aku mahu menangis dihadapan seorang lelaki yang aku tidak kenal. Tapi aku tidak tahu kenapa, aku amat mempercayai lelaki ini. Walaupun kami baru saja berkenalan. Pelik, kan?

"Kenapa cik menangis pula ni? Tak apa. Saya akan bawa cik keluar. Tapi cik jangan la nangis. Nanti orang cakap saya yang apa-apakan cik," kata lelaki itu dengan nada rasa bersalah.

"Bukan sebab tu...," jawab aku dengan perlahan.

Aku dapat melihat yang lelaki itu memandang aku dengan kebingungan. Aku mendongakkan wajah aku memandangnya.

"Saya lapar...," dengan tidak malunya aku bagitahu dia yang aku lapar.

Aduilah, NurSafa Malaiqa. Dalam keadaan yang cemas macam ini, sempat lagi kau mahu fikir pasal lapar. Tidaklah kau terfikir untuk selamatkan diri kau keluar dari hutan yang gelap ini. Apa kes pula mahu fikir pasal makan?

Lelaki itu ketawa mendengar jawapan aku itu. Saat itu aku rasa sangat malu yang amat. Kenapalah aku boleh luahkan rasa kelaparan aku kepada lelaki asing yang aku tidak kenal ini?

"It's okay, cik. Kita keluar dulu dari hutan ni, and then kita pergi makan, ya?" kata lelaki itu sambil tersenyum.

Mata aku bercahaya selepas mendengar dia menyebut perkataan makan. Mahu, mahu. Aku mahu sangat makan! Cepatlah, encik penyelamat. Get me out of here. Perut aku dari tadi sangat lapar.

Kami pun memulakan perjalanan kami untuk keluar dari hutan yang gelap itu. Nasib saja lelaki itu siap membawa lampu suluhya. Tidaklah gelap sangat perjalanan kami ini. Aku sejak dari tadi hanya memegang lengan bajunya. Takut kalau aku akan sesat lagi. Lelaki ini sajalah satu-satunya penyelamat aku.

Lelaki? Aku memandang lelaki tinggi lampai yang berupa warga British itu. Jelas sikit wajahnya selepas ada lampu ini. Aku tidak tahu apa namanya.

Kalau ada apa-apa berlaku yang memerlukan aku untuk memanggil dia, aku mahu panggil dia apa? Takkan aku mahu panggil dia 'lelaki' pula? Ataupun 'awak'. Macam pelik sajalah.

"Apa nama awak?" soal aku secara tiba-tiba.

Lelaki itu menunduk memandang aku seketika sebelum dia kembali fokus dengan jalan. Dari situ, aku dapat rasa betapa jauhnya tinggi kami berdua.

"Just call me Haq," jawab lelaki itu dengan senyumannya.

Aku musykil. Biasalah kalau NurSafa Malaiqa. Pasti akan ada kemusykilannya juga.

"Hak? Awak hak siapa? Wife awak tak marah ke kalau awak tolong saya ni?" soal aku dengan lurusnya seraya melepaskan genggaman tangan aku daripada hujung baju lengan milik lelaki yang ada 'hak' itu.

Seperti perasan yang aku telah melepaskan genggaman pada hujung baju lengannya, lelaki itu berhenti berjalan. Dia menghadap aku. Lama sungguh pandangannya kepada aku. Tiba-tiba aku rasa gerun. Sudahlah hanya kami berdua saja di tengah-tengah hutan ini. Jangan dia buat bukan-bukan kepada aku sudah.

Dengan perlahan, dia melangkah mendekati aku. Aku pula apabila dia melangkah kepada aku, terasa seperti aku mengundurkan diri. Tidak mahu di apa-apakan oleh lelaki yang ada 'hak' itu.

Dia ini tidak takut dimarahi oleh isteri dia ke apa? Berani betul dia dekat dengan aku ni.

Semakin lama, semakin laju langkahnya kepada aku. Aku tidak tahu kenapa aku masih mendiamkan diri. Aku terduduk di atas tanah itu sambil memejamkan mata aku.

Tapi sungguh aneh. Sebab tidak ada apa-apa yang berlaku. Aku cuma rasa yang kaki aku ditarik sedikit ke depan. Aku membuka mata aku dengan perlahan. Lelaki yang ada 'hak' itu sedang mengikat tali kasut aku.

"Actually it was Haq with capital 'Q'. not 'K'. It is for the name of Isyraq. But you can call me Haq," kata Isyraq sambil mengikat tali kasut aku. 

Sesudah itu, dia pun bangun. Dia menghulurkan tangannya kepada aku. Agak lama juga aku pandang huluran itu sebelum aku menarik hujung lengan bajunya tadi. Aku pun berdiri di sebelahnya. Hampir saja aku tersadung. Namun Isyraq sempat menyambut aku dari jatuh.

"Thanks... again," ucap aku dengan janggal. Aku berdehem.

"Yups. Oh, and I don't have a wife who has 'hak' to me because I'm not married yet," kata Isyraq sambil ketawa lucu.

Terus saja aku dapat rasakan pipi aku membahang. Tulah. Suka sangat buat spekulasi. Sekarang kau yang mahu malu sendiri, kan? Lurus betul aku ini. Aku pun jalan menyaingi langkah Isyraq.

"Jangan laju sangat, cik. Nanti sesat lagi," kata Isyraq.

Tersedar akan itu, terus saja aku berlari ke arah Isyraq. Tidak aku mahu sesat lagi. Sekarang ini pun aku sudah cukup bersyukur kerana Isyraq sudi untuk menyelamatkan aku. Amatlah bersyukur.

---

ALHAMDULILLAH. Perkataan pertama yang aku lafazkan ketika kami sampai ke pintu keluar dari Gunung Kinabalu itu. Cahaya matahari yang aku rindukan sangat. Aku tidak akan mengadu lagi kepada cahaya yang selalu membuatkan aku silau itu. Aku memperbetulkan kaca mata aku. Asyik jatuh saja. Selepas ini pasti aku akan cuba untuk memakai kanta lekap. Sebab malas mahu memakai kaca mata saja.

Dari kejauhan aku nampak kelibat kawan-kawan aku yang sedang melambaikan tangan kepada aku. Mahu saja aku berlari ke arah mereka semua kerana kegembiraan. Hampir saja aku terlupa tentang lelaki yang bernama Isyraq itu.

"Awak dah tau nama saya. So, can I know your name?" soal Isyraq.

Aku menoleh memandangnya. Pelik jugalah sebab kami sudah mahu berpisah, baru sekarang dia mahu tahu nama aku. Kenapa bukan sejak dari tadi lagi?

"NurSafa Malaiqa. My friends always call me Safa. But for you, saya bagi kelonggaran untuk panggil Malaiqa. That's my special name," jawab aku sambil tersenyum.

"See ya! And thank you so much!" ucap aku seraya berlari kearah kawan-kawan aku sebelum mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Isyraq.

Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana aku dipertemukan oleh Isyraq, si malin gunung baru dan penyelamat aku. Ini mungkin kali pertama dan kali terakhir aku bertemu dengannya. Aku harap kalau aku memerlukan bantuan lagi, aku mahu bertemu sekali lagi dengan Isyraq dan mahu tahu siapa dia yang sebenar.

---

AKU keluar dari kafe itu dengan langkah yang malas. Kenapalah aku boleh terlupa untuk membawa dompet aku pula? Sudahlah baru saja aku mahu luangkan masa dan makan bersama dengan kawan-kawan aku. Pula tu, bukan setakat dompet saja yang tertinggal. Telefon aku pun tertinggal di dalam kereta.

Cuai sungguh aku ini.

Aku menghampiri kereta proton Iriz putih milik aku. Mahu mengambil barang-barang yang aku tinggalkan di dalam kereta. Tapi baru saja aku mahu membuka kunci kereta, aku melihat satu makhluk Allah yang berwarna putih itu. Kejung perut aku.

Aku cuba untuk membuka pintu itu. Tapi...

"Meow,"

Terus saja aku terlompat ke belakang. Apa yang aku mahu buat ini? Aku mahu ambil barang aku saja. Yang benda ini pun terbaring diatas kereta aku kenapa pula?

Baru saja aku berfikir tentang masalah kucing ini sebelum aku nampak satu kelibat lelaki yang sedang berjalan ke arah tempat aku. Aku pun dengan tidak berfikir apa-apa, terus saja aku pergi mendapatkan lelaki itu.

"Encik, boleh tolong saya tak? Urgent ni. Saya perlukan bantuan," ucap aku kepada lelaki itu.

Tanpa membuang masa lelaki itu mengikuti aku sehingga ke kereta milik aku.

"Apa yang urgent tu?" soal lelaki itu sesampai saja kami di depan kereta milik aku.

"Boleh tak encik tolong turunkan kucing tu? Saya nak ambil barang kat dalam kereta. Tapi kucing tu kacau," pintah aku sambil menggarukkan kening aku.

Lelaki itu memandang aku dengan reaksi yang macam tidak percaya. Mungkin dia fikir urgent yang aku sebutkan itu adalah masalah dunia. Tapi sebenarnya hanya kucing saja.

Well, hello! Kucing pun masalah dunia juga untuk seseorang yang fobia dengan kucing.

"Encik tak takut kucing, kan?" soal aku kepada lelaki itu apabila menyedari yang lelaki itu masih mendiamkan diri.

Mestilah aku kena tanya juga. Mana tahu kalau lelaki itu pun dua kali lima saja dengan aku. Tidak ke nayah lagi aku mahu mencari seseorang untuk mengalihkan kucing itu?

"Awak panggil saya ke sini dan cakap ada urgent," kata lelaki itu seperti tidak percaya.

"Iya la. Urgent la ni. Tu ada kucing kat atas kereta saya," jawab aku tidak puas hati.

"Awak boleh aje kan ambil barang kat dalam kereta tu. Kucing tu tak kacau awak pun," kata lelaki itu.

Ini yang membuatkan aku panas. Sampai hati dia memperlekehkan fobia aku kepada harimau yang sedang enak terbaring di atas kereta aku.

"Masalahnya, saya nak buka pintu kereta pun harimau tu dah nak start lompat. Tu baru nak start. Kalau dia lompat betul-betul, macam mana pula?" soal aku sambil bercekak pinggang.

Lelaki itu mulaa ketawa lucu yang aku sendiri tidak tahu apa yang lucunya. Tapi jelas pada pendengaran aku yang dia persoalkan 'harimau' yang aku sebut itu. Aku mula tidak puas hati. Aku kemudian berpeluk tubuh sambil memandang lelaki yang 'biadap' itu.

"Tak. Sekarang ni encik nak tolong saya atau tak? Kalau tak nak tolong, sudah. Tak payah nak ketawakan saya. Saya boleh aje panggil orang lain," kata aku dengan bengang.

"Sorry...," kata lelaki itu. Tapi masih ada sisa ketawanya lagi. Sakit pula hati kita ni.

Tanpa membuang masa, lelaki itu pun bergerak ke kereta aku dan mengambil kucing yang terbaring itu. Lelaki itu mendekatkan kucing itu kepada aku dan membuatkan aku terjerit. Aku menjauhkan diri dari lelaki itu dan aku meminta agar lelaki itu jauhkan kucing itu dari aku.

"So, cik. Saya dah selamatkan cik dari di baham oleh 'harimau' ni. I will contact the authorities so that they keep this 'tiger' in a cage. Lepasni cik tak payah risau dah pasal harimau ni," kata lelaki itu sambil ketawa.

Suka hati saja dia mahu menyakat aku menggunakan kucing itu. Mentang-mentang saja yang aku ini fobia dengan kucing, terus saja dia sakat aku. Ini yang buat aku sakit hati. Huh!

Aku bergerak ke kereta aku dan membuka pintu kereta. Telefon dan dompet yang aku simpan di dalam laci kereta itu aku ambil sebelum aku tutup pintu kereta dan menguncinya. Aku memusingkan badan aku ke belakang. Lelaki itu dengan kucing tersebut masih lagi berada disitu. Aku menjeling lelaki itu.

"Terima kasih!" ucap aku dengan amarah sebelum aku mengorak langkah meninggalkan dia bersama kucing baru kesayangannya itu.

"Hati-hati, cik. Takut nanti terjumpa harimau lagi. Saya tak ada nak selamatkan cik lagi," kata lelaki itu sambil ketawa.

Aku menjeling menyampah kepada lelaki itu. Harap sajalah aku tidak bertemu dengan lelaki seperti itu lagi. Aku pun teruskan langkah aku untuk memasuki kafe tadi semula. Sebelum aku mendengar sesuatu.

"Tengku Asyraf, what are you doing with that cat?"

Mungkin aku salah dengar kot. Aku pun mengabaikan apa yang aku dengar sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment