Thursday, January 30, 2025

BEHIND THE LOVE STORY (BAB 1)

SIAP juga akhirnya novel aku ini. Mengenali Hatinya. Rasa macam mahu menangis pun ada juga. Apa tidaknya? Mahu dekat sebulan lebih juga aku mahu siapkan novel ini. Sudahlah aku pun banyak kelas lagi. Nasib saja buat masa ini, cuti PKP oleh kerana pandemik Covid-19. Boleh juga aku siapkan tanpa ada gangguan.

Earphone yang berada di telinga aku cabut. Tidak sah kalau tidak dengar lagu cinta kalau sedang menaip manuskrip romantik. Playlist yang selalu dimainkan dalam K-Drama aku pasang supaya storyline masuk ke dalam otak. Ada babak romantik macam itu.

Aurdyah Najwa, kawan baik aku, sedang membaca bab terakhir itu dengan penuh khusyuk. Memang sudah menjadi tabiat aku sebelum menghantar manuskrip itu akan aku suruh kawan aku yang seorang ini membaca cerita aku. Aurdyah ini bukannya minat sangat dengan novel romantik. Tapi, dia suka membaca bacaan. Sebab itulah aku suka untuk meminta pendapat kepadanya.

Aurdyah kelihatan sedang terkumat-kamit. Fokus sangat itu. Bab terakhir itu tidaklah terlalu panjang sangat. Sepatutnya ianya menjadi Epilog berbanding Bab 30. Tapi, aku tetap menjadikannya bab 30 kerana itu adalah sambungan. Jadi, sebab itulah aku sekadar tulis bab 30. Biarpun bab itu hanya ada Nadia dan Haiqal. Jealous I bila tengok betapa mesranya mereka berdua.

“Aku tak suka la ending story ni…,” kata Aurdyah seraya memuncungkan mulutnya. Dia meletakkan telefon miliknya di atas meja setelah selesai membaca.

“Apasal pula?” soalku. Mesti ada sebab kenapa dia tidak suka. Kadang-kadang fikiran Aurdyah ni kreatif. Jadi, aku akan selalu minta pendapatnya jika ada yang tidak kena dengan penulisanku.

Masuk kali ini, sudah dua novel aku tulis dan terbitkan di syarikat penerbitan The Gallery’s. Bangga tu bangga juga. Sambil menulis, aku juga fokus pada  pelajaran aku di Kolej Komuniti di Temerloh, Pahang. Aku mengambil kursus Reka Fesyen atas arahan mama aku. Bukan sebab rela pun. Tapi lama-kelamaan aku pun mula terbiasa dengan pembelajaran aku. Sehingga aku bertemu dengan dua orang kawan sengal aku disitu. Ros dan Aurelia.

Tapi, oleh kerana sekarang ada Perintah Kawalan Pergerakan, kelas pun ditangguhkan. Aku pun dan dua orang kawan aku itu balik ke Melaka. Tempat asal kami bertiga. Kebetulan, kan? Padahal kami baru saja berjumpa ketika pendaftaran di Kolej Komuniti Temerloh. Pula tu, jadi roomate sama-sama. Tidaklah aku rasa sunyi.

“Aku lagi suka kalau kau buat ending story ni, Nadia dengan Haziq. Kesian tau Haziq tu. Dah la kau buat dia diserang, ditikam. Lepastu you made Haziq have to let go of Nadia for someone else. Tak adil la untuk Haziq. He deserve for the better tau. Sampai hati kau. Aku tak suka Nadia tu,” keluh Aurdyah sambil membuat muka menyampah.

La, begitu pula budak ni. Asal aku buat novel, mesti dia lebih suka dengan watak sampingan berbanding dengan watak utama. Aku pun tidak tahu kenapa. Dari awal bab lagi aku bagi tunjuk dengan dia, pasti dia akan cakap yang Dyah suka dengan watak Haziq. Aku menggelangkan kepala mendengar jawapan tidak logik dia.

“Kalau macam tu kau aje la yang dengan Haziq. Dah kau suka sangat dengan Haziq. Takkan nak pass dengan Nadia pula?” jawabku. Cerita macam Haziq dan Nadia tu memang kawan kitorang. Padahal hanya watak yang direka oleh aku dalam novel terbaru aku. Haihlah, Dyah.

“Lagipun, dah nama pun Haiqal tu main character. Of course la dia yang kena dengan Nadia. Haziq tu side character aje kot,” sambung aku mempebetulkan anggapannya itu. Mahu sangat Haziq happy, kahwin sajalah dengan dia. Sudah aku pun buat watak dia single untuk kau, Dyah….

Aurdyah menongkat dagu diatas meja yang aku guna untuk menaip itu. Dia mencebikkan bibir. Saja aku memanggil dia ke rumah aku untuk bertanya tentang bab terakhir. Tapi dia cakap yang dia datang sebab mahu tengok Haziq saja. Dia siap imagine wajah sebenar Haziq. Dan orang yang dia imagine tu adalah Hafeez Mikael. Bagus sangatlah dia tu. Haha!

Sedangkan aku imagine watak Haiqal itu dari Kim Mingyu Seventeen. Bijak sangat tidak saya ini? Aku dan Aurdyah merupakan peminat KPOP sejati. Perbezaan antara kami adalah dia minat girl group dan aku minat boy group. Persamaan kami pula adalah, kami berdua minat GFriend dan BTS. Asal berjumpa, pasti akan sembang pasal KPOP. Memang tidak sah kalau tidak ada benda itu!

“Bila kau nak hantar manuskrip kau ni?” soal Aurdyah. Kerusi roda yang dia duduk itu dipusing-pusingkan menggunakan kakinya sambil melihat persekitaran bilik aku yang sederhana dan dipenuhi dengan gambar-gambar BTS, Seventeen, TXT dan Enhypen. Kaki KPOP la katakan!

Tapi solat memang sumpah aku tak pernah lupa. Seobses mana pun aku pada sesuatu, aku langsung tidak pernah lupa untuk menunaikan solat dan mengaji. Sebab itulah mama aku tidak kesah kalau aku minat dengan KPOP. Aku sampai perkenalkan Min YoonGi itu sebagai bakal menantunya dan bakal suami aku. Haha! Tapi mama aku hanya mencebik saja apabila mendengar itu.

Mama aku pula boleh dikatakan sebagai peminat Kdrama. Apa-apa Kdrama yang terpasang atau trend, pasti mama akan menontonnya juga.

“Lepas aku edit setiap bab ni la. Nak ikut format manuskrip dulu. Lepas tu aku nak buat surat akuan, kata-kata penghargaan lagi…,”

“Surat akuan tu kau tak copy dari manuskrip yang lepas ke?” soal Aurdyah. Dia kembali duduk menegak dan memandang aku.

“Tu manuskrip dah lepas. Lain cerita, lain la surat akuannya,”  jawab aku. Sudah berpengalaman menghantar manuskrip, memanglah tahu. Tapi benda macam begitu tidak eloklah mahu dibanggakan.

Aurdyah sekadar memuncungkan mulutnya menandakan dia faham. Aku pula yang tidak faham dengan si Audyah ni. Dia pun minat dengan penulisan. Tapi dia tidak pernah terfikir untuk menghantar manuskrip kepada syarikat penerbitan. Apabila aku tanya, dia jawab biar dia saja yang tahu akan penulisannya. Lagipun Aurdyah lebih suka melukis berbanding menulis.

Aku tidak berapa mahu memaksa dengan apa yang dia mahu buat. Itu adalah minat dia, jadi, itu terpulang kepada dirinya sendiri.

Aku pun kembali menyunting manuskrip aku kepada format yang sepatutnya. Aurdyah pula aku lihat sedang membaca cerita di Wattpad sambil terbaring di atas katil aku itu. Amboi, selesa betul dia itu.

Aku menggelengkan kepala tanpa mempedulikan kawan aku yang seorang itu.

---

PADA malam itu, aku, kak Saadah, abang Aakif dan adik perempuan aku, Salwa bersama dengan mama aku, Junairah sedang berkumpul di ruang tamu dan menonton televisyen bersama. Apa lagi yang boleh di tonton? Kami menonton The Conjuring 3: The Evil Made Me Do It.

Kami memang minat dengan siri The Conjuring ini sejak yang pertama lagi. Bukan itu saja, kami juga suka menonton Annabelle. Bagi aku, aku suka menonton kedua-dua cerita ini adalah sebab pertama, cerita ini berkisahkan dari kisah sebenar. Lagi-lagi orang UK memang pandai membuat cerita seram macam begini. Rasa macam real pun ada juga.

Kedua pula, aku suka tengok watak ghost buster tu. The Warren partner. Tapi bukan watak Lorraine Warren yang aku mahu lihat. Aku lebih suka tengok suaminya, Ed Warren yang dilakonkan oleh Patrick Wilson. Dari dulu sehingga sekarang dia tetap kacak bergaya walaupun sudah tua. Sudah lama aku mengagumi wataknya sebagai ghost buster ini. Cerita dia yang lain aku tidak tonton. Sebab aku hanya berminat dengan The Conjuring dan Annabelle.

Selain itu, aku juga suka menonton cerita seram yang lain juga. Tapi asalkan bukan cerita melayu dan indonesia. Sebab asal aku tonton cerita seram dua itu, pasti keesokan harinya aku akan demam. Teringat aku ketika aku menonton cerita Munafik 2 bersama kawan-kawan aku di pawagam. Keesokan harinya aku demam dan tidak dapat pergi kerja.

Sama juga dengan cerita indonesia. Ketika itu kami sekeluarga balik ke rumah makcik aku kerana ada kenduri kahwin kakak sepupu aku. Pada malam itu, kami menonton cerita seram indon. Aku tidak berapa ingat tajuknya. Sama macam Munafik. Esoknya aku juga demam. Mungkin kerana kedua-dua cerita itu mempunyai kisah tentang ayat-ayat suci. Sebab itulah aku demam. Mungkin.

Salwa pernah mengajak aku menonton cerita Dukun. Tapi aku tolak bukan sebab aku takut mahu menonton. Tapi aku takut yang aku akan demam. Tapi Salwa pula cakap yang dia tidak kesah kalau aku demam. Saat itu, mahu saja aku lempang dia menggunakan kuali mama aku di dapur.

Habis saja cerita The conjuring 3 itu, kami bersurai dan membuat hal masing-masing. Macam di pawagamlah juga. Takkanlah habis saja cerita di pawagam, kau pergi tegur dengan orang disebelah kau yang kau tidak kenali. Mahu dia cop kau sebagai budak gila sebab tegur tanpa sebab. Pula tu, tegur nak tanya ‘Kau nak pergi mana lepasni?’. Macam pelik pun ada juga.

“Bila kakak nak balik Pahang?” soal mama yang sedang menekan punat di remote. Mahu mencari cerita yang lebih menarik.

“Dalam masa dua minggu la. Prof suruh get ready aje,” jawab aku dengan bersahaja. Sudah terbiasa dengan cuti yang memakan selama 4 bulan ini.

Beberapa hari yang lepas, aku dikejutkan oleh pemberita yang sekolah dan semua institusi akan dibuka. Prof Zainal pula dengan senang hati cakap yang tidak lama lagi Kolej Komuniti akan dibuka. Sempat lagi aku berhuha huha dengan Ros dan Aurelia. Apa tidaknya? Sudahlah tugasan yang prof bagi ketika kelas online kami tidak buat. Asyik bergosip saja. Pula tu, kami hampir lupa cara untuk membuat pola baju. Lebih-lebih lagi pola baju kurung tradisional!

Habislah! Tamatlah riwayat hidup aku!

Bukan itu saja. Aku juga terpaksa berpisah dengan keluarga aku yang terchenta. Cuti selama 4 bulan itu bagaikan 4 hari saja. Macam tidak puas lagi. Padahal waktu di chat group sibuk sangat kami mahu kembali ke kolej. Sekarang ini, bila sudah diberitahu yang kolej akan dibuka, kami pula yang tidak puas hati. Hmmmmmm!

“Barang-barang semua dah prepair tak? Kak tengok sepanjang cuti ni, semua alat tulis dan alat jahitan bersepah kat tengah jalan sana,” kata kak Saadah sebagai kakak sulung dan juga seperti kawan aku sendiri.

Amboi, kak Saadah ini. Lebih-lebih sangat sampai dia imaginasikan alat-alatan tulis aku terkapai-kapai di tengah jalan. Tidaklah macam tu sangat. Aku ada la guna alat jahitan aku sikit. Ketika itu mahu dekat raya dan cuti. Aku pun mengambil peluang itu untuk menjahit baju raya unuk keluarga kami. Tapi, pada akhirnya, semuanya lesap seperti apa yang kak Saadah cakapkan.

“La kak, tak la sampai tengah jalan. Over betul kakak ni. Lagipun kelas Fa ada satu semester aje lagi sebelum tamat,” jawab aku tidak puas hati dengan kak Saadah.

“Kalau iya pun kelas berbaki satu semester aje, barang-barang tu simpan elok-elok. Kalau kak nampak barang-barang Fa merata tempat, kak jual tu semua barang,” kata kak Saadah sambil tersenyum sinis.

Aku mencebikkan bibir. Suka hati dia saja mahu menjual barang-barang yang aku beli sendiri menggunakan duit kerja part time aku. Huh! Sudahlah yuran kolej pun aku yang bayar sendiri pada usia aku yang menginjak ke 21 tahun ini. Bukan mahu membangga tapi boleh dikatakan yang aku sudah pandai hidup berdikari, tapi tidak makan kari. Cuma aku belum pandai memasak saja lagi. Hidangan ringkas saja boleh.

Selepas saja mengambil keputusan SPM, aku pun membuat keputusan untuk bekerja sambilan di sebuah restoran. Bukan sebab keputusan SPM aku tidak bagus. Tapi, cuma aku mahu bekerja dulu untuk mengumpul duit. Kakak aku ada juga cadangkan aku untuk sambung tingkatan 6 saja. Tapi ada seorang pensyarah ini ketika aku ambil keputusan SPM cakap, ada buruknya juga sambung tingkatan 6. Sebab masih akan sama dengan zaman persekolahan dulu. Dan aku pun terpengaruh dan tidak mahu sambung tingkatan 6.

Betapa menyesalnya aku ketika itu. Tapi, alhamdulillah. Sudah 2 tahun aku bekerja dan bertukar tempat kerja dalam tempoh itu, akhirnya aku dapat tawaran untuk ke Kolej Komuniti Temerloh di Pahang. Jauh namun nasib saja mama bagi aku pergi. Nampak tak? Mama pun percaya yang aku boleh berdikari dengan baik. Sampai sekarang aku tidak makan kari.

“Okay juga tu, kak. Kalau dah jual tu jangan lupa bagi-bagi dengan Awa. Boleh juga nak pegang-pegang duit banyak. Shopping kat Shopee,” kata Salwa saja. Mereka berdua ini kalau sudah bergabung memang tidak mengena dengan dunia.

Budak satu orang ni lagi. Kalau pasal duit, laju saja dia. Tidak pandang kiri atau kanan. Lepas ni, kalau aku jual dia, boleh juga aku guna duit untuk bayar yuran kolej aku ni. Tinggal satu semester saja lagi. Kira bolehlah tu. Sepanjang cuti ini pun aku ada melakukan kerja part time di sebuah kafe.

“Duit aje kerja Awa ni. Kalau nak, cari la duit sendiri. Bukan tau minta aje” kata kak Saadah seraya menjelirkan lidah.

“Ala, kak. Dengan adik sendiri pun nak berkira ke?” cebik Salwa tidak berpuas hati dengan jawapan Saadah itu.

Salwa ini pula. Umur baru menginjak ke 15 tahun sudah berfikir pasal duit dan Shopee. Tahulah tahun ini tidak ada PT3. Tapi kak Saadah sudah awal-awal suruh Salwa untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki kelas sains ketika masuk tingkatan 4 nanti. Salwa pun kejung perut mahu mengulang kaji. Baru saja dia mahu relaks sebab tidak ada PT3. Apalah nasib seorang Salwa Naaifah.

“Mak, lebih baik kita jual dorang dua ni. Alih-alih dapat juga kita duit. Kakak boleh beli album BTS. Mama pula boleh tengok Squid Game kat Netflix,” bisik aku kepada mama yang sedang menonton drama. Ibu jari aku angkat supaya mama menyokong cadangan aku yang gila itu.

Mama sekadar mencebikkan bibir tanpa memandang aku. Aku pula sekadar ketawa apabila mama tidak mempedulikan cadangan aku yang merapu itu. Kak Saadah dan Salwa pula masing-masing masih bergaduh tentang duit. Apalah nasib dapat adik- beradik macam ini. Abang Aakif sudah lama naik ke biliknya.

“Dah la. Yang korang jual tu, barang Fa. Jadi, duit tu bagi kat Fa la. Senang. Tak payah nak serabut sangat,” kata aku ingin meleraikan pergaduhan mereka. Aku pun mengangkat punggung untuk berlalu ke bilik aku. Sudah mengantuk. Mahu menyunting manuskrip lagi sebelum aku mahu menghantar kepada syarikat penerbitan The Gallery’s.


No comments:

Post a Comment